orang bonggi

Orang bonggi adalah satu kaum minoriti yang terdapat di malaysia. Orang bonggi merupakan satu bangsa atau etnik yang di namakan sebagai dusun bonggi. Bonggi juga di kelasfikasikan sebagai orang asli kerana masyarakat ini pada awalnya hidup di pedalaman dan hutan sejak zaman berzaman. Orang dusun bonggi hanya terdapat di pulau banggi iaitu pulau yang terbesar di malaysia dan pulau itu terletak di daerah kudat,sabah.

              Pulau banggi dari pekan karakit


Masyarakat orang dusun bonggi merupakan masyarakat awal yang mendiami pulau banggi sejak beberapa abad yang lalu. Namun orang dusun bonggi ini kurang di kenali atau tidak di ketahui oleh masyarakat luar kerana mereka belum berkembang. Ini kerana mereka belum menonjol dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,perniagaan dan pekerjaan oleh sebab itu masyarakat ini tidak di kenali ramai. Tambahan pula,masyarakat dusun bonggi kurang pergaulan dengan budaya luar.

Masyarakat dusun bonggi mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri iaitu mampu berdikari dan berusaha untuk hidup dalam kelompok yang kecil.contohnya,masyarakat dusun bonggi pada zaman dahulu boleh buat pondok kecil atau sederhana untuk di jadikan rumah. Pondok tersebut di perbuat daripada hasil hutan iaitu batang kayu bulat dan daun nipah.
Pondok
                                   Rumah


Pondok yang mereka buat adalah bertahan selama lebih kurang satu tahun.ini kerana masyarakat dusun bonggi pada zaman dahulu sangat suka berpindah randah.mereka berpindah dari satu ke tempat yang lain mengikut musim atau setelah habis hasil tanaman. Oleh sebab itu masyarakat ini di kira sebagai orang asli kerana boleh hidup di dalam suasana yang terpencil.

Sejak turun temurun masyarakat bonggi hanya bergantung dengan hasil tanaman seperti ubi kayu,jagung dan padi. Mereka bercucuk tanam untuk mendapatkan makanan asas supayah dapat menampung kehidupan seharian mereka. 

Ubi kayu

 Jagung

                      Tanaman jagung

Walaupun dengan serba kekurangan namun tidak menghalang untuk mereka terus berdikari mencari sumber makanan berasaskan tenaga dan kaedah yang tersendiri. Sehingga kini mereka masih mengamalkan cara hidup ini untuk mewarisi gaya hidup dari nenek moyang mereka. Meskipun dengan kewujudan zaman moden dan berteknologi tinggi masyarakat ini masih dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

Comments

Popular posts from this blog

Makanan orang bonggi

Makanan bonggi