Makanan bonggi

Makanan utama orang dusun bonggi adalah ubi kayu untuk di jadikan makanan asas. Namun masyarakat dusun bonggi juga cukup terkenal dengan makanan tradisi yang menjadi kegemaran mereka. 

Antara makanan tradisi bagi kaum bonggi ialah,
1.UBI RAMBAT/UBI MANIS
2.KELADI
3 PISANG REBUS
4.JAGUNG
5.UBI KAYU REBUS

Tanpa ubi kayu juga masyarakat bonggi menjadikan sumber makanan lain sebagai makanan pengganti yang menjadi kegemaran mereka. Ini kerana mereka tidak boleh bergantung dengan ubi kayu dan beras semata mata untuk menjimatkan sumber makanan.
                           Ubi rambat/sila

Ubi rambat atau ubi manis adalah salah satu makanan kegemaran bagi suku kaum bonggi kerana makanan tradisi bagi mereka. Ubi rambat adalah panggilan dalam bahasa melayu di negeri sabah. Manakalah di semenanjung malaysia ubi rambat adalah ubi manis. Mereka gemar makan ubi rambat kerana rasa yang manis dan boleh di masak mengikut kemahiran masing-masing. Contohnya,masak rebus atau di gunakan untuk buat kuih. Ubi rambat adalah di perolehi melalui hasil  bercucuk tanam. Proses untuk  penanaman ubi rambat juga mengambil masa antara 2 hingga 4 bulan tempoh matang.
                          Pisang rebus sabah

Selain itu,masyarakat dusun bonggi juga suka makan pisang. Pisang boleh di masak dengan pelbagai kaedah misalnya,pisang rebus,pisang goreng dan kuih pisang. Namun pada zaman dahulu orang masyarakat orang dusun bonggi hanya terbiasa makan pisang rebus kerana pada masa itu banyak kekurangan bahan untuk memasak seperti minyal masak.
                                 Jagung 

Jagung juga antara makanan yang di gemari masyarakat bonggi kerana makanan ini salah satu makanan tradisi bagi kaum bonggi sejak turun temurun. Ini kerana setiap kali bercucuk tanam atau buat ladang tanaman paling penting bagi mereka adalah ubi kayu dan jagung. Hal ini berlaku adalah untuk memenuhi ruang ladang dan hasil juga begitu banyak. 
                            Ubi kayu rebus

Ubi kayu rebus merupakan makanan masyarakat bonggi dan makanan tradisi. Mereka gemar makanan ubi kayu rebus kerana kaedah untuk memasaknya sangat ringkas dan mudah. Hal ini demikian kerana untuk menjimatkan masa.

Oleh yang demikian, masyarakat bonggi mempunyai keistimewaan tersindiri kerana boleh bergantung dengan makanan hasil tanaman mereka sendiri. Keunikan makanan dan masakan orang bonggi dapat membuktikan masyarakat ini adalah masyarakat yang kuat bedikari,gigih berusaha dan rajin. Dengan tidak bermodalkan wang ringgit mereka dapat menghasilkan makanan dengan hanya memggunakan tenaga dan keringat mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

orang bonggi

Makanan orang bonggi