Makanan orang bonggi

Pulau banggi merupakan pulau yang terkenal dengan sumber hasil laut dan sumber hutan. Tidak dapat di nafikan orang pulau banggi mempunyai kelebihan dan keistimewaan kerana mempunyai sumber alam. Oleh sebap itu,kebanyakkan masyarakat di pulau banggi memperoleh pendapatan dan bahan makanan berasaskan sumber hasil laut dan pertanian. 

Namun bagi orang asli dusun bonggi sejak zaman dahulu lagi sumber pendapatan dan juga sumber makanan mereka adalah banyak bergantung dengan hasil laut dan bercucuk tanam. Justeru itu, orang dusun bonggi sangat terkenal dengan makanan asas dan juga makanana tradisional.

Makanan utama bagi orang asli dusun bonggi adalah ubi kayu. Mereka juga menjadikan ubi kayu sebagai makanan asas. Keistimewaan ubi kayu bagi orang dusun bonggi adalah  makanan yang boleh memberikan sumber tenaga. Selain itu juga, ubi kayu boleh di makan dengan pelbagai makanan yang berlauk. Contohnya, ikan,siput dan daging.
Ubi kayu  
Mereka jadikan ubi kayu sebagai makanan utama apabila tidak ada beras. Untuk mendapatkan ubi kayu setiap masyarakat dusun bonggi perlu bercucuk tanam. Bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang subur kerana proses untuk menanam ubi kayu mengambil masa yang agak lama untuk menikmati hasilnya.

Ubi kayu mengambil masa tiga bulan tempoh matang selepas di tanam. Dan sebelum di tanam orang dusun bonggi biasanya membuka ladang paling kurang 1 atau 2 bulan kerana proses membuat ladang juga mengambil masa yang lama kerana terdapat proses tertentu.

MENEBAS➡️MEBAKAR➡️ MEMBERSIH➡️MENANAM

Setelah cukup tempoh matang ubi kayu boleh di cabut untuk mendapat isinya dan selepas itu ubi kayu tersebut harus lah di parut untuk menjadikkan isi serbuk yang halus. Kemudian isi ubi kayu yang sudah di parut harus lah di perah untuk mengasingkan air ubi dan serbuk ubi tersebut. Apabila sudah kering baru lah ubi kayu boleh di masak mengikut cara dan kaedah yang tertentu. 

Pelbagai kaedah untuk masak ubi kayu mengikut alat yang di gunakan. Nama makanan juga bebeza setelah masak walaupun bahan yang sama iaitu ubi kayu. Sebagai contoh,putuh,bamban,kinuwit,dan futu blovog.ini adalah nama panggilan makanan hasil daripada ubi kayu oleh orang asli dusun bonggi. Orang dusun bonggi mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk masak ubi kayu dan boleh membuat bentuk yang bebeza. Misalnya,bentuk bulat,bentuk roti canai,dan bentuk sebatang kayu kecil.

                                 Futu/putu

Putu adalah reka bentuk makanan hasil daripada ubi kayu. Putu adalah berbentuk bulat dan di buat dengan menggunakan cerek yang tidak terpakai dan cantum dengan bekas tempurung kelapa yang sudah bersih.selepas itu buat lubang pada tempurung berkenaan agar dapat mengahsilkan wap. Dan setelah itu letak ubi parut yang sudah kering dan kukus sehingga masak.

Futu blovog

Gambar di atas adalah dalam bentuk kuih atau roti yang di perbuat dengan menggunakan periuk. Untuk memasaknya periuk perlu di panaskan terlebih dahulu selama 1 hingga 3 minit dan kemudian masukkan ubi kayu dan ratakan sehingga padat. Selepas itu panaskan dengan api yang perlahan sehingga masak.

Kinuwit
Reka bentuk:serbuk
Alat di gunakan untuk masak:kuali
Cara masak:
Panaskan kuali letak minyak sedikit kemudian goreng sehingga masak.

Bamban/biambatn
Reka bentuk:sebatang
Alat di gunakan:periuk
Kaedah masak:
Bungkuskan ubi kayu dalam daun pandan kemudian ikat.selepas itu masukkan air ke dalam periuk bersama bamban dan panaskan sehingga masak.















Comments

Popular posts from this blog

orang bonggi

Makanan bonggi