Posts

Makanan bonggi

Image
Makanan utama orang dusun bonggi adalah ubi kayu untuk di jadikan makanan asas. Namun masyarakat dusun bonggi juga cukup terkenal dengan makanan tradisi yang menjadi kegemaran mereka.  Antara makanan tradisi bagi kaum bonggi ialah, 1.UBI RAMBAT/UBI MANIS 2.KELADI 3 PISANG REBUS 4.JAGUNG 5.UBI KAYU REBUS Tanpa ubi kayu juga masyarakat bonggi menjadikan sumber makanan lain sebagai makanan pengganti yang menjadi kegemaran mereka. Ini kerana mereka tidak boleh bergantung dengan ubi kayu dan beras semata mata untuk menjimatkan sumber makanan.                            Ubi rambat/sila Ubi rambat atau ubi manis adalah salah satu makanan kegemaran bagi suku kaum bonggi kerana makanan tradisi bagi mereka. Ubi rambat adalah panggilan dalam bahasa melayu di negeri sabah. Manakalah di semenanjung malaysia ubi rambat adalah ubi manis. Mereka gemar makan ubi rambat kerana rasa yang manis dan boleh di masak mengikut kemahiran ...

Makanan orang bonggi

Image
Pulau banggi merupakan pulau yang terkenal dengan sumber hasil laut dan sumber hutan. Tidak dapat di nafikan orang pulau banggi mempunyai kelebihan dan keistimewaan kerana mempunyai sumber alam. Oleh sebap itu,kebanyakkan masyarakat di pulau banggi memperoleh pendapatan dan bahan makanan berasaskan sumber hasil laut dan pertanian.  Namun bagi orang asli dusun bonggi sejak zaman dahulu lagi sumber pendapatan dan juga sumber makanan mereka adalah banyak bergantung dengan hasil laut dan bercucuk tanam. Justeru itu, orang dusun bonggi sangat terkenal dengan makanan asas dan juga makanana tradisional. Makanan utama bagi orang asli dusun bonggi adalah ubi kayu. Mereka juga menjadikan ubi kayu sebagai makanan asas. Keistimewaan ubi kayu bagi orang dusun bonggi adalah  makanan yang boleh memberikan sumber tenaga. Selain itu juga, ubi kayu boleh di makan dengan pelbagai makanan yang berlauk. Contohnya, ikan,siput dan daging. Ubi kayu    Mereka jadikan ubi kayu sebagai makanan...

orang bonggi

Image
Orang bonggi adalah satu kaum minoriti yang terdapat di malaysia. Orang bonggi merupakan satu bangsa atau etnik yang di namakan sebagai dusun bonggi. Bonggi juga di kelasfikasikan sebagai orang asli kerana masyarakat ini pada awalnya hidup di pedalaman dan hutan sejak zaman berzaman. Orang dusun bonggi hanya terdapat di pulau banggi iaitu pulau yang terbesar di malaysia dan pulau itu terletak di daerah kudat,sabah.               Pulau banggi dari pekan karakit Masyarakat orang dusun bonggi merupakan masyarakat awal yang mendiami pulau banggi sejak beberapa abad yang lalu. Namun orang dusun bonggi ini kurang di kenali atau tidak di ketahui oleh masyarakat luar kerana mereka belum berkembang. Ini kerana mereka belum menonjol dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,perniagaan dan pekerjaan oleh sebab itu masyarakat ini tidak di kenali ramai. Tambahan pula,masyarakat dusun bonggi kurang pergaulan dengan budaya luar. Masyarakat dusun bonggi mempunyai keist...